Saturday, March 13, 2010

RETIREMENT PLAN

KWSP/PENCEN adalah sinonim dengan mereka yang bekerja. Bagi sesetengah mereka, ia adalah keperluan yang mencukupi apabila menjelang hari tua. Penahkah anda mendengar pernyataan ini " Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam 3 tahun"

Apakah pendapat anda ? Apakah yang patut anda lakukan ? Inilah yang hendak saya kongsi bersama anda.RETIREMENT PLAN..

1) SET GOAL
Perkara pertama yang perlu dibuaat adalah menentukan matlamat. Terdiri daripada matlamat jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Contoh matlamat jangka masa panjang : berapakah keperluan yang diperlukan menjelang umur bersara, mengetahui berapakah nilai wang anda pada masa tersebut, bila hendak bersara, dimanakah anda hendak settledown;  bagi matlamat jangka pendek  : apakah yang perlu dilakukan, saving, investment, untuk memperolehi kelebihan menjelang usia tua.

2) RISK EVALUATION
Sebelum membuat sesuatu pelaburan pada usia bersara., adalah penting untuk kita menilai faktor risiko yang ada. Ini kerana ; investment pasti datang dengan risiko. Kita harus mengetahui jumlah masa kita kan bersara : > 20+ thn ; maka kita masih boleh menerima kadar risiko yang tinggi berbanding < 10 thn. Prinsip asas pelaburan is Time VS Money . The more TIME we have the better amount of MONEY we can archive , but if lesser TIME we need MORE money to invest.

3) COMPOUNDING
Nilai wang akan meningkat dengan memulakan investment pada usia muda. NAMUN IA PERLU DISERTAI DENGAN DISIPLIN YANG TINGGI. Sebagai contoh : Seorang individu yang menyimpan pada seawal 20 tahun dengan nilai simpanan RM2400 setahuncdan berhenti pada umur 30 thn mempunyai lebih nilai pada umur 65 thn (RM554k) berbanding mereka yang menyimpan pada umur 30thn dengan nilai simpanan yang sama RM2400 setahun hingga  umur 65 thn (RM460k). Maka lebih awal kita menyimpan, lebih banyak nilai tambah wang kita.

4) START
Bila hendak memulakan RETIREMENT PLAN. Itulah langkah seterusnya yang perlu dilakukan. Tidak perlulah kita menunggu lebih lama untuk memulakan saving/investment planning untuk persaraan untuk menikmati COMPOUNDING dan TIME for MONEY VALUE

5) RETIREMENT
Nikmatilah nilai wang yang telah kita simpan dan invest. Pada masa tersebut bolehlah kita merancang untuk bercuti bersama anak/cucu, menghabiskan masa bersama keluarga dan menikmati kehidupan. Our FINANCIAL FREEDOM already ARCHIVE


Itulah serba sedikit tentang RETIREMENT PLAN yang saya maksudkan. Diharap ia dapat membantu anda serba sedikit untuk merancang masa persaraan.

1 comment:

  1. saya suka semua artikel yg ada di blog ni..:)

    ReplyDelete